Rabu, 29 Ogos 2018

KERJA SAMPINGAN 2018

2018 PENGUBAH HIDUP

Logo 

Hello semua,dah lama tak update dekat blog ni sejak berapa bulan ni sedikit sibuk dengan kerja . Tahun ni  saya berazam ingin mengubah hidup dengan membuat pelbagai kerja sampingan untuk menambah pendapatan . Walaupun sedikit sukar disebabkan tiada pengalaman dalam kerja-kerja begini tapi secara tidak langsung saya banyak belajar tentang cara membuat duit ini . Saya survey di internet dan di facebook dan sekarang saya sudah mula menyertai group dropsip , walaupun pada bulan pertama saya mempromosi di fb dan whatsapp langsung tiada sebarang jualan tetapi bak kata orang jangan mengalah dahulu sebelum bertanding . Saya terus mempromote-promote dan akhirnya pada bulan kedua saya berjaya menjual beberapa barangan dan membuatkan bertambah semangat,hahaha Selepas saya bertambah yakin saya belajar perkara baru iaitu cara membeli barang terus dari China . Saya join group berbayar hanya RM 89.00 saja ,dan ternyata tak sia-sia saya belajar sebab pada mulanya saya hanya cuba beli cover handphone saja disebabkan proses membelinya sedikit berlainan dari Lazada dan Shopee . Harga memang jangan cakaplah berkali-kali ganda murah dari pasaran di Malaysia . Bayangkan kasut kanvas biasa di kedai kasut di malaysia berharga RM 70-80 tetapi di sana hanya berharga RM 20-30 saja , selepas itu berkali-kalilah juga memborong barang . Sekarang saya belajar membaiki handphone juga , rasa gembira jugalah sebab bila dah pandai baiki yang asas ni dapat juga jimat berkali ganda daripada repair di kedai,,,memang dorang cas 2.3 kali ganda dari harga barang tu. Sekarang pelan nak belajar lebih mendalam tentang bisnes online ni sebab sekarang dunia dah maju ,, Semua guna online jer,,,Biarlah orang kata apa pun tentang kita asalkan kita buat kerja halal dan tak menyusahkan orang lain . Kalau boleh pada masa akan datang nak masuk kursus belajar repair handphone lagi,,,memang minat bab handphone ni .. sambil buat dropship boleh buat repair handphone sekali . Biasalah orang miskin macam saya ni banyak benda kena buat untuk ubah hidup sendiri  supaya lebih baik . Apapun terima kasih sudi membaca ,saya harap anda semua beroleh kejayaan dalam hidup . 

10 CARA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN

Tahun 2018 sudah menjelma dan kebanyakkan daripada kita mesti berasa gaji tidak cukup bila sudah sampai di tengah bulan ,dengan pelbagai kom...