Sabtu, 24 Februari 2018

HANDPHONE BAWAH HARGA RM500-BERBALOI ATAU TIDAK?

HANDPHONE DI ZAMAN SEKARANG BAWAH RM 500





    Hello semua ,kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya tentang handphone dibawah harga RM 500.00. Handphone merupakan satu alat peranti perhubungan yang paling popular di dunia pada masa sekarang ,dengan boleh dikatakan 8/10 orang mesti ada handphone sendiri . Di dunia sekarang ,setiap bulan boleh dikatakan akan keluar model baru dan semakin tahun semakin canggih fungsinya . Saya sendiri pun menggunakan dua handphone ,satu untuk kerja dan satu lagi untuk bermain game . Di zaman sekarang ini ,handphone boleh dikatakan satu alat perhubungan yang penting kerana ia memudahkan kita berhubungan antara satu sama lain . Tetapi adakah anda terfikir anda membeli handphone untuk keperluan atau hanya untuk memuaskan kemahuan sendiri? 

Ianya bergantung pada individu masing-masing ,jika anda ada duit lebih anda boleh beli handphone yang lebih baik .Jika tidak ,anda bolehlah mencari handphone yang terbaik mengikut bajet anda.


 Saya sering kali memerhati harga handphone dipasaran , jenama handphone dan spekfikasi handphone tersebut . Apa yang saya perhatikan ialah kebanyakkan handphone yang berjenama terkenal bawah RM500 selalunya spefikasinya tidaklah terlalu baik , dan handphone yang berjenama baru spekfikasinya lebih baik dari jenama terkenal tadi. 

Contohnya, jika anda perhatikan handphone Xiaomi 4A dan Samsung J2 Prime ,kedua-duanya berada paras harga yang hampir sama tetapi berdasarkan spekfikasinya handphone Xioami 4A lebih baik . Kerana kebanyakan handphone terkenal lebih mahal pada jenama sahaja tetapi spekfikasinya kurang baik berbanding jenama handphone yang baru . 

Tetapi jika harga RM500 ke atas memang terbaiklah spekfikasinya,itu tidak saya nafikan . Handphone sekarang jika bajet anda bawah RM 500.00 ,anda bolehlah melakukan sedikit pencarian untuk hanphone yang bagaimana anda mahukan .  

Saya sendiri menggunakan handphone jenama Lenovo dan Alcatel ,itupun setelah saya melakukan sedikit kajian selama beberapa bulan berdasarkan bajet bawah RM400.

Jika boleh fikirkan kemampuan sendiri dan tentukan bajet yang anda ingini sebelum membeli ,contoh jika anda hanya guna applikasi sosial seperti Whatsapp ,Facebook,Insta dan lain-lain. Rasanya anda tidak perlulah membeli handphone yang beribu-ribu ,membazir sahaja. Itu pendapat sayalah. Itu saja perkongsian saja kali ini ,harap ini membantu anda memilih mana yang terbaik bagi anda. Yang penting beli mana yang mampu dan mengikut bajet anda,jangan berhutang semata-mata ingin membeli handphone yang anda ,jika boleh beli cash saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 CARA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN

Tahun 2018 sudah menjelma dan kebanyakkan daripada kita mesti berasa gaji tidak cukup bila sudah sampai di tengah bulan ,dengan pelbagai kom...