Khamis, 15 Februari 2018

Masyarakat Orang Asli

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA ORANG ASLI

  

                                  Di zaman yang moden ini ,tanpa kita sedari begitu banyak perubahan yang berlaku dengan pesat . Perubahan ini juga secara tidak langsung merubah masyarakat kita samada menuju kepada perkara lebih baik atau lebih buruk, masing-masing ada pro dan kontranya. Saya sendiri juga berasa betapa cepatnya zaman berubah, tidak sangka umur pun dah semakin meningkat tahun ke tahun. Perubahan ini juga memberi kesan kepada remaja-remaja Orang Asli sekarang . Saya lihat semakin hari masalah sosial ini semakin meningkat,mungkin disebabkan pengaruh kawan yang begitu kuat membuatkan masalah ini sukar dibendung . Di perkampungan-perkampungan Orang Asli masalah seperti ini semakin meningkat apatah lagi apabila setiap hujung minggu akan ada majlis perkahwinan ,dimana selalunya tuan rumah akan menyewa band-band pemain muzik untuk memeriahkan suasana . Ramai rakan saya sendiri termasuk saya juga akan pergi tetapi apabila melihat realitinya perkara ini membuatkan ramai remaja yang mengambil kesempatan melakukan perkara yang dilarang dengan usia mereka yang kebanyakannya masih bersekolah. Masalah utama remaja Orang Asli sekarang ialah ketagihan alkohol ,rokok dan merempit . Ramai remaja termasuk yang masih bersekolah rendah juga menghisap rokok,minum arak disebabkan ajakan dan pengaruh rakan yang kuat membuatkan mereka mudah untuk melakukan perkara seperti ini . Mungkin juga disebabkan sukar untuk ibu bapa mengawal anak-anak mereka kerana sibuk dengan urusan masing-masing seharian . Saya sendiri pun pernah melihat banyak remaja yang ketagih alkohol, termasuk kawan-kawan sendiri di usia yang masih bersekolah meneguk arak tanpa rasa bersalah. Ibu bapa seharusnya lebih peka tentang anak-anak mereka ,mereka seharusnya lebih tegas dalam mendidik anak-anak mereka tentang bahayanya alkohol dan rokok kepada kesihatan . Sebenarnya , saya sendiri pun kasihan apabila melihat mereka melakukan perkara tersebut ,walaupun telah berkali-kali menegur semuanya tidak berkesan . Saya pun bukanlah sebaik malaikat tetapi saya tahu juga kesan dan akibat merokok dan minum arak pada kesihatan apatah lagi apabila usia mereka baru meningkat remaja. Kebanyakan mereka baru setahun jagung memasuki alam remaja tetapi mengalahkan orang dewasa apabila masuk ke topik ini. Seharusnya remaja sekarang lebih peka akan kesihatan sendiri ketagihan arak dan rokok akan memberi mereka masalah apabila mereka dewasa nanti. 

Masalah merempit dan melepak juga sering menjadi di kebanyakan perkampungan Orang Asli . Mungkin disebabkan gejolak remaja yang membakar di jiwa mereka membuatkan pantang dicabar oleh rakan-rakan. Di kampung saya juga masalah ini semakin meningkat apatah lagi kebanyakan mereka mempunyai motor ibu bapa mereka yang mereka gunakan untuk merempit . Kebanyakan ibu bapa selalu merisaukan anak-anak mereka disebabkan mereka selalu melepak sampai pagi dan merempit dengan rakan-rakan. Kadang-kadang terdengar cerita mereka kemalangan ketika berlumba sesama mereka,sepatutnya mereka bersyukur diberikan nyawa yang panjang dan berubah tidak melakukan perkara itu lagi tetapi kebanyakan mereka degil. Mungkin selagi tidak putus satu bahagian badan selagi itu mereka akan melakukan perkara yang berbahaya itu .Sepatutnya mereka kena ingat hidup hanya sekali , andaikan kemalangan sehingga meragut nyawa saya rasa menyesal pun tiada guna . Kebanyakan mereka juga tidak ingin bersekolah dan selalu melawan cakap ibu bapa , hal ini seharusnya tidak terjadi kerana mereka merugikan masa depan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah . Mereka seharusnya ingat ,ibu bapa menghantar mereka ke sekolah untuk menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri ,keluarga dan orang lain apabila sudah dewasa nanti . Jika melepak dan apabila sampai masa pulang ke rumah itu tidak salah , yang salahnya apabila melepak terus lupa nak pulang ke rumah . Masa belajar di rumah langsung tiada dan kebanyakan masa di luar melepak bersama rakan-rakan. Mereka kebanyakannya merugikan masa remaja mereka ,memang minat dalam bidang motor itu tidak salah yang salahnya mengubah suai motor mereka sehingga motor itu rosak akibat pengubahsuaian yang tidak bertauliah. Sepatutnya jika mereka memang begitu minat bidang permotoran,haruslah belajar sungguh-sungguh semasa di sekolah dan mendapatkan keputusan yang baik . Selepas tamat tingkatan 5 , mereka boleh menyambung belajar ke bidang yang automotif . Mereka mungkin tidak minat belajar di sekolah , saya sendiri pun mengaku di sekolah dulu selalu main-main tetapi selepas habis sekolah rasanya menyesal masa sekolah tidak belajar bersungguh-sungguh . Mungkin juga remaja zaman sekarang terlebih manja disebabkan itu mereka selalu memberontak terhadap ibu bapa sendiri ,hakikatnya apabila berlaku sesuatu pada diri . Orang yang pertama akan dicari semestinya ibu bapa juga. 

                                  Walaupun kita mungkin tidak sepandai mereka tetapi kita kena hormat ibu bapa kita ,tanpa mereka kita pun tiada. Mereka bersusah payah menjaga kita dan membesarkan kita . Kebanyakkan remaja sekarang banyak lupa diri dan ingat apabila mereka dah memasuki alam remaja mereka boleh buat apa saja. Kebanyakan remaja yang saya kenal semasa mereka bersekolah rendah boleh dikatakan mereka jenis yang tidak suka melawan dan hormat ibu bapa tetapi apabila melonjak remaja , semua itu hilang . Kadang-kadang saya kasihan juga sebab apabila kita melawan cakap ibu bapa, kadang-kadang mungkin Tuhan bagi pembalasan atas sikap kita itu. Oleh itu sudah terang lagi bersuluh ,remaja sekarang seharusnya lebih mengutamakan keluarga dan menjauhi gejala sosial ini untuk menjamin kehidupan yang lebih sihat dan mengelakan penyakit yang berbahaya yang boleh meragut nyawa. Itulah sahaja perkongsian saya kali ini dengan harapan supaya remaja orang Asli sekarang sedar bahawa mereka akan mengubah cara hidup dan sikap mereka untuk kehidupan yang lebih baik . 


Terima kerana sudi membaca perkongsian ini ,diharapkan jika ada apa-apa ulasan atau cadangan boleh komen di ruangan di bawah. 




                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 CARA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN

Tahun 2018 sudah menjelma dan kebanyakkan daripada kita mesti berasa gaji tidak cukup bila sudah sampai di tengah bulan ,dengan pelbagai kom...