Tahun 2018 sudah menjelma dan kebanyakkan daripada kita mesti berasa gaji tidak cukup bila sudah sampai di tengah bulan ,dengan pelbagai komitmen dan bayaran setiap bulan yang terpaksa kita hadapi kadang-kadang kita rasa 'Apa yang harus aku buat untuk membuat duit sampingan ? Gaji bulan ini cukup-cukup makan saja". Oleh itu saya akan senaraikan 10 cara untuk menambah pendapatan sampingan untuk kita kongsi bersama. Cara ini memerlukan kerajinan dan ketabahan sebab ada pepatah mengatakan ' Biar bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian" . Jikalau anda rajin dan kreatif serta tidak berputus asa ,anda mungkin boleh menjana keuntungan lebih dan simpanan bulanan anda akan meningkat. Goodluck !
1. Kraftangan
Jika anda mempunyai banyak barang terpakai di rumah , jangan buang dulu mungkin ia boleh menjana duit untuk anda .Anda hanya perlu kreatif berimaginasi apa yang anda boleh buat dengan barang-barang tersebut. Anda boleh membuat kraftangan daripada bahan terpakai seperti botol,tin minuman , surat khabar ,kotak tisu ,pakaian lama dan barang-barang lain . Contoh barangan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan tersebut seperti bekas pencil , bakul ,gelang dan sebagainya.Sekiranya anda tidak tahu bagaimana nak buat ,senang saja. Zaman sekarang ini banyak contoh kraftangan yang anda boleh cari di Google atau laman web lain-lain, hanya perlu taip kata kunci 'DIY', akan keluar semua contoh yang boleh anda ikut .
Setelah siap digubah ,anda boleh meminta keluarga anda atau rakan-rakan anda untuk memberi pendapat . Jika anda mendapat tindak balas dan komen yang baik ,anda boleh mula menyiarkan gambar kraftangan anda di Facebook ,Blog atau Instagram anda dan anda boleh mula menjual dan promosikan barangan anda itu.
2.Bisnes Masakan
Jika anda pandai memasak,membuat kuih muih,burger ,cupcake dan lain-lain masakan ,jangan bazirkan kelebihan anda itu. Anda boleh menjana keuntungan dengan kelebihan anda itu , mungkin akan memerlukan sedikit modal jika anda tiada barangan tersebut tetapi percayalah jika makanan yang anda buat itu sedap anda boleh membuat duit sampingan dengan kelebihan anda ini. Mintalah pendapat rakan-rakan dan keluarga terdekat untuk mencuba makanan yang anda buat ,jika tindak balas mereka positif anda bolehlah mula mencari tempat yang strategik untuk berniaga seperti di sekolah ,pasar dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai atau yang selalu orang lalu lalang.Jika anda mempunyai kenderaan anda boleh membuat penghantaran makanan ke rumah-rumah atau tempat-tempat kerja dengan sedikit cas tambahan .
3.Dropship
Ini untuk yang mempunyai ramai kawan atau kenalan di media sosial ,anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat pulangan yang lumayan . Anda boleh menjadi ejen-ejen jualan dan mempromosikan barangan kepada rakan-rakan anda di media sosial atau berdekatan anda . Anda juga akan mendapat sedikit komisyen daripada setiap barangan yang anda jual ,jika barangan yang anda promosikan itu mendapat sambutan hangat anda mungkin boleh mendapat pulangan yang lumayan dengan hanya promote saja . Ini antara cara yang boleh memberikan anda pulangan lumayan tanpa menganggu kerja anda.Anda hanya terima pembayaran dari pelanggan dan segala urusan pos akan diuruskan pihak penjual ,anda hanya bayar kepada pihak penjual harga sebenar barangan tersebut.
4.Penulis
Jika anda suka menulis ,ini juga boleh menjana wang untuk anda . Asalkan anda ada idea yang bernas dan unik disetiap penulisan anda. Modal untuk menjadi penulis juga tidak terlalu tinggi , asalkan anda ada banyak idea untuk menulis dan tidak jemu untuk menulis.Cuma jangan memciplak idea orang lain dan publishnya sebagai hak anda .
5.Cikgu Tuisyen
Sekiranya anda mahir dalam sesuatu subjek , anda boleh menjadi cikgu tuisyen untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan dan untuk pelajar yang inginkan pembelajaran tambahan . Asalkan anda meminta izin dengan ahli kelurga pelajar tersebut, jika anda mempunyai cara mengajar yang baik mungkin ini akan menarik perhatian ibu bapa yang lain untuk mengambil anda sebagai guru tuisyen anak mereka.
6. Ejen Topup
Jika anda mempunyai modal lebih anda juga boleh menjadi ejen topup ,walaupun sekarang berbagai cara boleh digunakan untuk membeli topup tetapi ramai juga yang lebih suka membeli topup direct terus dari ejen topup atau kedai-kedai . Anda boleh mengaut keuntungan dari komisyen penjualan tersebut .
7.Blogger
Jika anda mempunyai blog ,anda boleh membuat duit tanpa modal . Dengan fokus pada topik yang mampu menarik minat pelawat ,sekiranya anda bercerita mengenai kereta dan ramai pelawat yang melawati blog anda ,anda boleh memasukan pautan iklan dalam blog anda . Sekiranya pelawat klik pada pautan tersebut anda akan mendapat komisyen . Jika semakin tinggi jumlah pelawat yang melayari blog anda sudah tentu komisyen yang anda dapat pun lumayan . Ini antara cara mudah untuk menjana pendapatan sampingan .Jangan terkejut sekiranya anda terbaca ada blogger yang mampu meraih pendapatan lumayan hanya dengan membuat blog saja. Walaupun begitu mungkin mengambil masa yang lama untuk meraih pendapatan lumayan dari pengiklanan blog dan pendapatan juga tidak tetap disebabkan ianya bergantung pada jumlah pelawat yang mengunjungi blok anda dan pelawat yang mengklik pautan tersebut. Oleh itu anda perlulah menyediakan topik dan isu kandungan yang menarik serta berkaitan dengan pengunjung . Juga anda perlu rajin untuk mengemaskini blog anda dengan kerap dan rajin mempromosi blog anda ke laman sosial seperti FB,Twitter dan Instagram.
8.Menjual Barang Terpakai
Jika anda banyak barang terpakai yang masih berguna dan anda tidak guna lagi ,jangan dibuang apa kata kalau anda menjualnya . Dengan begitu banyak laman web yang anda boleh guna seperti Mudah.com ,Lelong.com , Shopee , Facebook ,Instagram dan banyak lagi untuk menjual barangan anda . Anda perlu hanya mengambil gambar barang tersebut dan letak info tentang barangan yang anda ingin jual .
9.Menawarkan perkhidmatan secara sambilan
Jika anda ada kelebihan tersendiri anda juga boleh menawarkan perkhidmatan anda kepada pelanggan yang memerlukan seperti jika anda pandai dalam bidang menjahit,menaip,memcuci,mekanik dan lain-lain .Contoh anda boleh mengambil upah kerja sambilan membaiki moto atau kereta yang memerlukan sedikit kemahiran membaiki. Apa saja yang anda mahir dalam sesuatu ,jika anda rajin anda boleh mencari duit sampingan dengan khidmat anda itu.
10. Affiliate
Affiliate bermaksud agen pemasaran atau orang tengah yang akan membantu memasarkan atau mempromosikan produk pihak lain ,ini seperti dropship tetapi ada perbezaan sedikit kerana anda hanya promote link saja jika ada pelawat yang klik pada link tersebut dan membeli barangan dari laman web tersebut anda akan dapat komisen dari penjualan itu. Anda tidak perlu menguruskan tentang pembayaran.
Ini antara contoh kerja sampingan yang kita boleh lakukan di masa lapang , sekiranya anda sudah kaya dan berlambak duit tidak perlulah mengikut tip-tip ini. Tip ini hanya untuk orang yang memerlukan duit tambahan dan kerja yang boleh dilakukan . Hanya rajin dan usaha saja boleh mengubah hidup kita. Saya ingin meminta maaf jika ada fakta yang salah dan silap, sila komen dan berikan ulasan anda di ruangan di bawah. Terima kasih.😁👍