APAKAH KELEBIHAN DAN KEBURUKAN
PEMBELIAN DALAM TALIAN?
Hello...kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang kelebihan dan keburukan pembelian dalam talian . Sekarang di dunia yang serba canggih ini semua yang diperlukan hanya di hujung jari sahaja. Anda boleh mengakses ke internet dengan mudah melalui telefon pintar. Melalui internet juga pembelian secara dalam talian semakin popular di zaman sekarang kerana kebanyakan sesetengah orang sibuk dengan kerja sehingga sukar meluangkan masa untuk pergi ke kedai atau juga kerana kedai terlalu jauh dan terpaksa membeli secara dalam talian sahaja untuk mengurangkan kos pengangkutan.
Setiap orang ada sebab tersendiri dan bagi saya sendiri jika saya inginkan sesuatu barang itu ,saya akan membuat kajian sedikit adakah harga barang itu sama atau perbezaannya terlalu tinggi jika membeli di kedai atau dalam talian. Okey mari kita lihat perbezaan yang saya terangkan di bawah.
Pembelian dalam talian merupakan salah satu cara mudah untuk kita membeli sesuatu barang tanpa bersusah payah pergi ke merata tempat ,dengan hanya menggunakan telefon pintar anda dan buka penyemak imbas anda dan taip nama barangan yang kita kehendaki dan senarai laman web pembelian popular akan muncul . Jika di Malaysia ini laman web pembelian popular seperti Lazada , Shopee, Lelong.com ,Mudah.com dan lain -lain lagi begitu banyak anda boleh cari barangan anda jika barangan yang anda cari tidak jumpa juga.
Bagi saya kelebihan membeli dalam talian ini ialah kita boleh dapat harga yang murah dari pasaran di kedai-kedai ,contoh jika di kedai harga telefon pintar Samsung J2 Prime berharga lingkungan RM 450.00 - RM 499.00 tetapi di online kita mungkin boleh dapat dalam lingkungan RM 370.00 ke atas sahaja. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang membeli handphone ini 3 bulan lepas. Jika kita membuat sedikit kajian sebelum membeli mungkin kita akan dapat harga yang murah sedikit dari kedai dengan kualiti yang sama .
Keburukan membeli dalam talian ini ialah kita tidak boleh memeriksa dahulu barang tersebut kerana kita hanya lihat di laman-laman web sahaja gambar atau video barang yang kita kehendaki itu . Kebanyakan sekarang kita dengar ramai pembeli tertipu setelah membeli dalam talian kerana penjual yang tidak jujur ,menghantar barangan kotak dengan barangan berisi benda lain. Membeli dalam talian juga sukar sedikit proses tuntutannya jika barangan yang kita beli itu rosak ketika masih waranti ,kemungkinan kita perlu mengepos semula barangan tersebut ke alamat penjual tersebut dan kita tidak tahu bila akan dapat semula barangan yang kita beli itu . Ada yang berminggu atau berbulan masih tidak dapat lagi sehinggakan terpaksa mengambil tindakan undang-undang .
Oleh itu ,nasihat saya sebelum anda membeli barangan dari dalam talian pastikan anda membuat kajian dahulu dan memilih laman yang boleh dipercayai . Saya sendiri hanya pernah membeli di Lazada dan Shopee sahaja kerana berdasarkan pengalaman saya sebelum ini kedua-dua laman ini anda boleh mendapatkan pemulangan semula wang anda jika berlaku masalah seperti barangan anda terima tidak dalam keadaan yang baik , barang tidak berfungsi , barang pecah dan lain-lain masalah . Syukurlah setakat ini semua barangan yang saya beli berfungsi dengan baik dan tiada masalah ,jika anda ingin membeli barangan yang bernilai beribu-ribu lebih baik anda membeli di kedai sahaja kerana memudahkan anda jika berlaku apa-apa masalah anda hanya boleh terus rujuk kepada kedai tersebut . Berdasarkan kajian yang saya lihat ,semuanya kadang-kadang bergantung pada nasib juga sebab sesetengah pembeli mendapat barangan yang baik dan sesetengah pembeli tidak mendapat barangan yang baik walaupun membeli di penjual yang sama. Kebanyakan pembeli membeli online ini hanya barangan elektronik atau barangan fizikal sahaja,jika anda ingin membeli barangan makanan lebih baik anda pergi ke pasaraya sahaja .Saya harap pengkongsian saya ini berguna buat anda yang baru ingin membeli dalam talian ,jika anda pernah membeli dalam talian rasanya tidak perlulah anda membaca ini . Terima kasih sudi membaca ,jika ada apa-apa ulasan anda boleh terus komen di ruangan di bawah.